JellyPages.com

..H1N1..selsema babi...swine flu...

H1N1 membimbangkan - TPM


Sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak dijangkiti penyakit selesema babi atau influenza A (H1N1) yang semakin serius, orang ramai yang semakin sedar tentang keperluan menggunakan penutup hidung dan mulut berebut-rebut membeli alat pelindungan tersebut. Namun kehabisan stok alat itu menyebabkan banyak pembeli berasa hampa dan kecewa. Difahamkan bekalan stok alat perlindungan di beberapa premis farmasi di ibu negara Kuala Lumpur terputus sejak beberapa hari lalu ekoran masalah untuk memperoleh bekalan itu daripada pembekal.


PUTRAJAYA 14 Ogos - Tahap wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) di negara ini yang telah meragut 56 nyawa kini di peringkat membimbangkan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehubungan itu, katanya, beliau akan berbincang dengan Kementerian Kesihatan untuk melihat sejauh mana keberkesanannya jika lokasi-lokasi panas H1N1 didedahkan kepada umum seperti gesaan beberapa persatuan pengguna.

''Kita akan teliti sama ada ia wajar dilaksanakan dan adakah langkah tersebut mampu membantu mengawal penularan H1N1,'' katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Mengenai Pandemik H1N1 bercakap pada sidang akhbar selepas melancarkan Bulan Pencegahan Jenayah peringkat kebangsaan di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan empat persatuan pengguna meminta Kementerian Kesihatan mendedahkan lokasi-lokasi panas H1N1 terutama kawasan yang membabitkan kematian atau mempunyai kadar jangkitan tinggi supaya orang ramai lebih berwaspada.

Hari ini, lima lagi kematian akibat H1N1 dicatatkan di seluruh negara menjadikan jumlah korban terkumpul meningkat kepada 56 orang.

Muhyiddin menjelaskan, seperti yang diisytiharkan oleh Kementerian Kesihatan berdasarkan garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Malaysia sekarang bukan lagi berada pada tahap awal sebaliknya peringkat mengambil langkah pengurangan sosial.

Ia bermaksud keadaan apabila orang ramai dinasihatkan tidak perlu hadir ke majlis-majlis umum.

''Kita sekarang berada dalam tahap pengurangan sosial atau tahap untuk menangani (penularan), bukan lagi peringkat awal.

''Jadi maknanya sudah satu tahap yang kita lihat pada hari ini boleh dikatakan membimbangkan,'' katanya.

Lebih menyukarkan, kata Muhyiddin, penularan wabak H1N1 tidak boleh dilihat atau dikesan dengan mata kasar dan orang ramai terpaksa mengambil langkah pencegahan sendiri seperti menjaga kebersihan diri.

Beliau bagaimanapun memberitahu, kerajaan sudah pun mengambil langkah-langkah sewajarnya dengan membuat pemantauan setiap hari selain memastikan bekalan ubat antivirus Tamiflu mencukupi untuk semua hospital dan klinik kerajaan serta swasta.

Katanya, meskipun jumlah kes H1N1 di negara ini masih kecil berbanding peringkat global, kerajaan tidak pernah mengambil mudah kerana ia melibatkan nyawa manusia.

Setakat ini, tambah beliau, Kementerian Kesihatan menyediakan maklumat terkini H1N1 setiap hari dan melalui laporan berkenaan, orang ramai boleh mengetahui kawasan-kawasan terbabit sama ada berlaku di peringkat sekolah atau masyarakat umum.

Turut hadir pada majlis pelancaran berkenaan ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom; Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye dan Bendahari MCPF merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kempen Pencegahan Jenayah Peringkat Kebangsaan, Datuk Eddy Chen Lok Loi.

- dipetik dari Utusan Malaysia, 15 Ogos 2009....


faderq : Masuk hari ni je dah 56 org terkorban kat M'sia ni...ni dah makin membimbangkan..bayangkan la..sorg yg terkena boleh sebarkan virus tu pada ramai org..sbb virus tu kan tersebar melalui udara..sentuhan pn boleh...oleh yg demilkian...marilah kita sama2 tingkatkan langkah pencegahan diti dr terkena wabak ni...Ya Allah...jauhkan kami smua dari bala bencana yang tidak diingini, penyakit2 serta wabak2 ni...Ammiinnn...
InsyaAllah berkat doa kita semua..wabak ni dapat dijauhi...dah makin meningkat..ni baru kat m'sia..kalo ikut statistik dunia..lagi la kan..sebagai langkah pencegahan..kna sntiasa basuh tangan..pastu pakai mask...tutup mulut n idung..biarla org nk ckp ninja ke pe..hehe...tp yg penting kesihatan kita..kalo ade simptom2 h1N1 tu...cpt2 g jumpe doktor...jgn duk diam2 je..bahaya tau...bayangkanla..kang tibe2 terkena..xpasal2 org lain pn kna same..kite kna same2 usaha nk kurgkan kadar golongan yg dijangkiti penyakit ni...APA YANG PENTING?? KERJASAMA!..(wat mcm wonderpets!!!)...hhhhehe...=)

0 comments:



Post a Comment